Friday, October 22, 2010

Inside, who knew?

Every one has their own beauty that attracts certain person.
Apparently I am not to you.

The heart aches, but at the same time it embraces your presences.
Because there is nothing else that can be done.
Because time's running out, it's the only reason.

My bestfriend seemed happier. In fact prettier.
She has grown up. What's the feeling inside? Jealousy?
Of her purdiness? Or of her joyous life?

What's also the feeling inside when knowing your own sister,
tying the knot with a handsome man?

Watching people dressing up prettily,
makes you jealous.
Watching people dance the moves that you should've learnt,
makes you jealous.

It's the matter of the boundaries, girl.
Hold yourself from trying to be those.
You know what's right and wrong. Taqwa. Ittaqullah.

Practice what you've learnt.
The effort doesn't end till you get what you want.


Jodoh...
Pada tangan Allah.
Mungkin aku sedang mempersoalkan nikmat Allah.
Sesungguhnya sebenarnya aku sudah pun sempurna.
Dan sempuran itu merupakan kecantikan seorang insan.

Namun, aku seperti tidak bersyukur dengan apa yang ada pada diriku.
Tiada peminat membuatkan aku berasa begitu.
Dalam keluarganku, padaku, akulah paling kurang kecantikannya.
Yang mana kecantikan dalam konteks ini bermaksud kecantikan luaran yang selalu diuar-uarkan oleh manusia kini.

Aku cemburu. Cemburu pada insan yang si dia amat sayangi.
Aku sering membandingkan diriku dengan insan itu.
Aku cuba menipu diriku bahawa diriku kelihatan lebih anggun daripadanya.
Dalam kamus manusia kini, insan itu sebenarnya lebih menyerlah daripadaku.
Tidak dapat dinafikan. Sifat-sifatnya juga mampu menambat hati seorang jejaka.
Sifat-sifatnya juga mampu menceriakan hari-hari sahabat wanita.

Berbanding diriku ini yang dilabelkan sebagai lelaki.
Sifat feminin jarang-jarang ada pada diriku.
Aku memandang enteng akan penglabelan itu.
Kerana kufikir, aku seperti kakakku.
Kakakku yang agak lasak pada dalamannya.
Tetapi luarannya sangat menarik perhatian.

Aku harus pijak di bumi yang nyata.
Aku bukan kakakku.
Memang tiada siapa pun yang menunjukkan kesukaannya kepadaku.
Memang benar itu terjadi kerana sifat lasakku.

Ibuku tidak ingin perkara yang sama terjadi padaku.
Tidak ingin aku menjijit pelamin pada usia yang tua, bagi seorang gadis sunti.
Oleh itu ibuku menggalakkan aku mempunyai seorang kekasih hati.
Supaya rasa keseorangan tidak melanjut sampai ke tua.
Lagipun, ibuku sudah meningkat tua.
Aku juga takut jikalau apa-apa terjadi.
Bukannya kupinta, tetapi itu lumrah manusia.

Ada kalanya aku berasa amat sedih kerana tidak mendapat kasih sayangnya.
Sekolah yang sama, kelas yang sama.
Manakan tidak aku meletakkan harapan yang tinggi padanya?

Dia sudah pun temui insan yang mampu mencuri hatinya.
Sahabat rapatnya telah memastikan itu.
Tetapi aku kurang yakin. Sikapnya yang tidak serius menimbulkan keraguan.
Tetapi, sudah berkali-kali dia berkata kepadaku,
tidak pernah dia menemui gadis yang mampu tertambat di hatinya sehingga saat itu.
Kadang-kala aku percaya kata-katanya itu. Seperti hatinya yang bersuara.
Aku percaya. Dalam hati kedua-duanya, sedang membunga.
Cemburuku kata kerana mereka hanyalah remaja yang menghidapi jiwa yang bergelora.

Kadang-kala juga aku percaya mereka benar inginkan satu sama lain.
Cuma masa tidak mengizikan. Persekitaran tidak membenarkan.
Mereka menunggu masa.
Walaupun insan itu tidak mengisytiharkan sayangnya,
tetapi sayangnya itu masih terserlah pada lirik wajahnya.

Aku ada berharap bahawa mereka akan berkekalan.
Cemburuku mengatakan hubungan mereka tidak mampu sampai ke langit ke-7.

Mungkin aku ingin hubungan mereka diisytiharkan sendiri,
kerana aku tidak mampu menanggung perasaan sedih ini lagi.
Mungkin jika diberitahu kebenaran itu, aku boleh mengundurkan diri.
Aku boleh berhenti berharap.
Ketidakpastian hubungan mereka membuatkan aku menanam,
walau sebutir harapan padanya.

Mungkin aku kata aku hanya ingin bergembira dengannya,
mempedulikan perasaannya, bergembira dengannya sudah memadai.
Tetapi kadang-kala aku merasakan itu dusta. Kadang-kala.
Disebabkan masa yang singkat, dan tiada apa yang aku boleh buat,
dusta itulah yang harus kulaksanakan.
Itu bukan nifak. Tetapi itu untuk kebaikan diriku, dan semua insan yang berada di sisiku.

Sahabat-sahabatku tidak ingin melihatku sedih.
Siapa pun yang akan mendekatiku jika aku hanya murung sepanjang masa?
Allah itu setiasa berada di sisi hamba-Nya.
Hanya menunggu kata-kata pertolongan dari hamba-Nya.
La Takrabu Zina.
Mungkin itu juga alasan aku mendustakan perasaanku.

Ini bukan masanya.
Apa yang perlu kulakukan adalah taqwa.
Dan serahkan segalanya kepada Allah.
Tampilkan diriku kepada dunia, personaliti yang terbaik.
Kerana untuk mencari jodoh juga perlu ada usaha.

Aku juga pernah terfikir, tidak mengapa jika aku bersifat lasak pada saat ini.
Kerana usia remaja tidak dapat dikembalikan. Masa terus berjalan.
Sebab itu jugalah aku harus terus mengorak langkah ke hadapan.

Akan kuusaha untuk tampil dengan sifat feminin.
Kerana usia 18 tahun sudah pun dewasa bagiku.
Lojik jika aku ingin menanamkan sifat feminin itu.
Kerana selama ini, sekolah menengah hanyalah tempat aku menjadi kanak-kanak.
Kerana itu tidak akan dapat dikembalikan kelak.

Aku sebenarnya punyai kecantikan luaran.
Yang hanya kadang-kala sahaja terserlah.
Bukanlah acap kali.
Mungkin sifat lasakku menutupi kecantikan itu.

Aku juga sebenarnya punyai kepercayaan bahawa aku akan dilamar.
Dilamar oleh seorang insan yang menyayangiku.
Tetapi kecantikan wajahnya, sering diperkotak-katikkan.
Adakah aku akan menikahi jejaka yang tampan, yang biasa, ataupun yang kurang tampannya?
Adakah insan itu akan seperti si dia?
Yang itu, aku risau.

Melihatkan di dunia moden ini, yang tampan pasti bersama yang jelita.
Yang jelita pasti bersama yang tampan.
Yang itu, aku risau.

Tetapi jika aku meniliti, aku terlalu mempunyai persamaan dengan dia.
Kegilaan, ketidakseriusan.
Aku sudah jelas, sepasang suami isteri tidak selalunya sama sifat-sifatnya.
Jadi, mungkin itu sebabnya aku redha.

Pokoknya, aku sebenarnya mempersoalkan kesan kecantikanku kepada hidupku.
Bukanlah sebab lain. Itu benar. Kerana aku gagal mencuri hati walau seorang pun di sana.
Namun persoalan ini amat berbahaya.
Amat berbahaya sehingga bole memesongkan hatiku dari menuju ke jalan Allah.
Seperti orang kafir. Orang kafir yang kufur nikmat.

Namun...
Apabila aku memperhiaskan diriku dengan jubah,
sering aku dilihat amat feminin.
"Bila nak cari shrek?" Pernah ditujukan kepadaku.
Jejaka yang tampan dan tegap juga, acah-acah mendekati diriku,
kerana tubuhku yang ramping.
Tidakkah itu menunjukkan aku hanya mempunyai tubuh yang lawa,
tetapi bukan pada wajah?
Tetapi hati aku berkata aku kelihatan comel walaupun dengan mengenakan tudung itu.
Ditambah lagi dengan baju itu, terserlahlah kecantikan itu.
Tetapi hanya pada saat itu. Hanya pada saat itu.

Lojik ada kata, persoalan ini selalunya timbul pada seorang remaja.
Remaja ingin disukai dan disayangi. Itu tidak boleh dielakkan.
Apa yang harus kulakukan, hanyalah menahan.
Lojik juga mengatakan itu hanyalah nafsu semata-mata.
Sedangkan kau tahu kau akan memperoleh seorang jejaka yang istimewa bagimu.

Mungkin wajah yang tampan hanya akan dipersoalkan sewaktu aku pada usia ini.
Mungkin pada hari kelak, wajah tidak menjadi masalah.
Kata umum, cinta itu membutakan.
Jadi, aku tidak seharusnya resah.

Namun memandangkan harapan masih tertambat di hati,
katakan sahaja kepadanya dan pada dirimu jua,
"Jikalau ada jodoh, kita jumpa lagi."

Pasti insan-insan yang membaca ini tidak percaya, apa yang kuluahkan.
Mereka pasti fikir hatiku tidak ke arah ini, tidak lembut.
Tetapi di dalam, siapa yang tahu?

5A 09/10

Photographer: Meroux
DSLR: Nina

Sure, there are likes and dislikes. But those are a part and parcel of life. Adapting to each other is how we've bonded. Facing the critics has made us grow fonder.

Plainly,
The deepest affect in my life
The best classmates I've ever had
The strongest bond I've ever made

The best that I could not ask for more
Kejelekitan terserlah

FREAKS