Thursday, December 16, 2010

Cook Book #1

Starting from today, I am going to talk about my experience in cooking, insyaAllah. This way, I would make myself go to the kitchen and just cook. I am learning from the pro, bebeh!

Okay, so far. There are some rules. Rules of mine, according to the sequences of my exprience.
  1. Jangan gosok mata semasa atau selepas mengupas bawang. Walaupun dah basuh tangan dengan sabun, jangan gosok gak! Sampai la pedih tu hilang. Otherwise, just embrace the agony. Lagi elok.
  2. Pucuk paku. Nak masak pucuk paku, kenala amek daun dia je. Tapi cubala patah-patahkan batang dia. Kalau lembut batang dia, dan boleh dipatahkan, masukkan sekali untuk dimasak.

Haaa alang-alang aku cerita je la pasal nak buat lauk pucuk paku ni. Sedap beb.
  1. First, kita goreng ikan bilis dulu. Takyah letak apa-apa. Just ikan bilis. Bila tengok kaler dia lawa, masukkan ke dalam pinggan, tapi aku panggil mangkuk.
  2. Then, masukkan pucuk paku pulak. Jangan banyak sangat minyak. Masak pucuk paku ni sampai dia layu sikit je. So kena tengok ah, jangan tinggal lama-lama, kang mati pulak pucuk paku tu. Dah habis masak tu, masukkan ke dalam mangkuk tadi.
  3. Dalam kuali yang sama dan minyak yang sikit, tumis pulak bawang (yang dah dikisar ataupun dipotong kecik-kecik). Kalau saya la kan, saya lagi suka kisar. Senang dikunyah. Haa ye. Pastu masukkan sekali satu sudu kecik cili api. Nisbah bawang kepada cili api adalah 2:1 ye. Kalau nak kurang pedas, nisbahnya 3:1. Haa tu untuk orang tak tahan pedas. Masukkan jugak garam secukup rasa.
  4. Tumis ni kena selalu dikacau untuk nak bagi sama rata. Pastikan tumis ni garing. Macam mana nak tahu dah garing ke tak? Sampai anda mengeluarkan bunyi, 'Atchoo!'. Kalau tak paham, bunyi tu bunyi bersin. Kalaula tak bersin langsung, saya tak tahu la apa masalah dengan hidung anda. Pegi jumpa doktor ye.
  5. Lepas tumis tu dah garing, tanpa tutup api, masukkan je pucuk paku dan ikan bilis ke dalam kuali. Gaul dan gaul dan gaul sampai rata. Rasa - rasala sikit, sedap ke tak. Kalau macam tak cukup garam, tambah lagi sikit.
  6. Padam api, dan sedia untuk dihidang.
Haaa senang kan? Aku ni tulis kemain lagi. Padahal tolong mak gaul gaul je. Bila nak cuba? Aku tak pasti. Tengoklah nanti, kalau kalau this 'cook book' come in handy, dan bila dapat hidayah memasak ^^

So, this is the first time I do this. If my explanations are boring, then it's okay. Ni untuk aku senang nak rujuk. Aku ni malas menulis. Sekarang ni lepas habis SPM, nak menulis pun kekok, macam budak baru belajar nak menulis. Jadi, apa salahnya guna teknologi yang ada?

Oraitt till the next cook! Toodles :)

No comments:

Post a Comment

Yes?

FREAKS